Tuesday, March 9, 2010

mamak dan melayu penang

Melayu Dan Mamak Penang

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.

Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.

Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi’in dan tabi al-tabi’in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada ‘Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya.

Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris:

“Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala “dia Allah” dan dia satu dari yang tiga.

Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng” (Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).

Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.

Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.


- Gambar Hiasan

Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.

Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan. Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat Maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari Sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah.

Adapun Kerajaan Fatimiyyah, mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka. Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga dibawa ke negara kita ini.


- Gambar Hiasan

Melihat kepada sejarah perayaan maulid, maka jelas bahawa isu perarakan bukan isu pokok dalam ajaran Islam. Ia sangat sampingan. Bahkan perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim.

Cumanya, kita agak terkejut mengapa soal Islam dan umatnya cuba diuruskan oleh seorang pemimpin yang bukan Islam. Ini menimbulkan berbagai persoalan. Saya tidak fikir Ketua Menteri Pulau Pinang sampai ke peringkat perbahasan ilmiah seperti yang disebut kebanyakan sarjana tentang amalan maulid ini. Maka, apakah tujuannya? saya tidak jelas.

Namun masalah umat Islam Pulau Pinang lebih besar dari tidak dapat berarak maulid. Tidak berarak maulid bukan masalah. Apa yang menjadi masalah mereka terpinggir dan seakan ada usaha ingin menghalau mereka keluar dari pulau itu sejak sekian lama. Keadaan yang dicipta yang menghimpit kehidupan mereka di pulau tersebut sehingga mereka yang berkerja di situ lari mencari penempatan di Seberang Perai, atau Kulim dan Sungai Petani, Kedah.

Lonjakan harga rumah dan pengkhianatan sesama agama dalam pengurusan tanah dan harta telah bermula sejak sekian lamanya. Sebahagian yang bertempik sakan hari ini kononnya membela melayu Pulau Pinang, tangan mereka juga tidak lebih bersih daripada tangan-tangan kotor yang ada pada hari ini.

Bukan baru, atau setahun dua melayu terpinggir. Sudah lama. Malang sebuah negeri yang pernah dalam satu masa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang berasal darinya, tetapi umat Islam negeri tersebut sedang dihambat oleh suasana, rencana dan pengkhianat ‘orang lain’ dan sesama bangsa.

Sultan Muhammad Jiwa telah menjual Pulau Pinang kepada Inggeris. Di situ segala bermula. Cumanya, disebabkan suasana yang lebih bebas dari kongkongan pemikiran feudal, negeri ini sejak dahulu terkenal dengan melahirkan atau memberi ruang kepada tokoh pemikir dan orang yang petah berbicara.

Saya puji bukan kerana saya orang Pulau Pinang. Semaklah sendiri. Namun ternyata, hambatan kuasa ekonomi lebih kuat dari ketajaman fikiran dan kepetahan lidah. Pemikiran-pemikiran yang baik pun tidak mampu menghadapi kekuatan dan pengkhianatan sesama bangsa atau agama. Bukan perarakan maulid yang menentukan survival ‘melayu Pulau Pinang’. Ya, ‘survival melayu’. Itulah bahasa yang sering mereka gunakan “melayu Pulau Pinang”. Saya antara orang kurang selesa dengan perkataan perkauman yang seperti itu. Sebutlah ‘umat Islam Pulau Pinang’. Dada agama jauh lebih luas dari kesempitan bangsa. Insan boleh menjadi muslim walaupun dia dilahir tidak muslim.

Namun, seorang bukan melayu tidak boleh bertukar menjadi melayu. Isu bangsa sentiasa sempit. Isu Islam sentiasa luas dan memberi rahmat untuk semua. Hakikatnya, yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah melayu tetapi ‘India Muslim’ Pulau Pinang. ‘Depa panggil mamak’.

Kedai mamak nasi kandar dan kedai emas ‘keling’ (india muslim) yang menyebabkan kita dapat melihat orang Islam berniaga di Pulau Pinang. Bukan tiada peniaga melayu tulen, tetapi tidak begitu banyak. Alhamdulillah, mamak Penang sudi untuk mereka dipanggil ‘orang melayu’. Maka, masih terdengarlah kewujudan melayu Pulau Pinang.


- Gambar Hiasan

Sudah lama isu bangsa cuba diangkat. Cukuplah wahai melayu semua parti politik. Kekuatan kita ialah Islam. Berjuanglah atas semangat Islam. Ia lebih merangkumi setiap individu dan lebih adil untuk semua insan. Melayu Pulau Pinang tidak akan bangkit sekadar perarakan maulid. Sudah sekian lama kita berarak, apa hasilnya?! Dapat kita beli tanah, lot kedai dan rumah di Pulau Pinang lebih banyak?!

Kembali melihat isu dengan kefahaman Islam yang tulen dan merancang sebagai seorang muslim, bukan sekadar seorang melayu. Orang lain merancang, kita juga mesti merancang. Kita mengharapkan kekuatan semangat Islam dan pertolongan Allah, bukan sekadar semangat bangsa dan keris Hang Tuah.

Wednesday, January 27, 2010

sexy mi amor...vespa d italiano..




akhirnya setelah sebulan siap jugak vespa aku ni..walaupon xsecntik sperti aku jangkakan tp kira oklah..uhuhu..sedih betoi..awatla apek ni loqlaq sgt..asyik main judi ja.moto aku cat xcun sgt.nasib baik murah ja..tgokla sndri n nilai yer..

Wednesday, January 13, 2010

moto klasik di MHI tv3



assalamualaikum sahabat2 semua..xhabis2 dgn dunia moto klasik ku.sbb dh xtau nk tulih apa baek ada juga bnda nk merapu.org puteh kata "better late then never".eh silap.better then nothing la.apepun setelah sekian lma menyepi akhirnya ada juga isu yg nk dibangkitkan disini ttg dunia moto klasik tnah air.bru2 ni 21/12/2009 beberapa anggota geng motoklasik ipoh datang beramai-ramai bg memenuhi jemputan utk diwawancara d MHI.bertuahnya aku sbb dok kt sebelah tv3.kebetulan waktu tu nk kluaq p KLIA dri rumah amri.pastu dpt panggilan drpada kayrul mengatakan"wei!!geng moto klasik ko dtg nih.rugi ko xde.cepat datang!!".lalu dgn penuh harapan p jela kt sna.mcm biasa bila jumpa dgn geng2 ni trus aku truja jadi ramah-tamah.tnya mai mana,dok mna,buat apa,pastu bgtau aku pon ada moto n aku geng dgn hadi.huahaua.nasib baek depa kenai.aku pon bgtau aku pkai m21.kata abg tu model bsa m21 tu rare.kembang sekejap aku.kemudian setelah beberapa ketika dh tiba msa mereka berangkat,saat yg plg dtunggu iaitu "kickstart"dan mendengar deruman enjin.aduhai..menitis air mta aku mengenangkan moto aku yg belum siap.mndayu2 bunyi enjin ajs,norton international,bsa m20,bsa a7,triumph speedtwin nada beberapa lg..meh tgok 2keping gambaq ni...enjoy ya..

Monday, December 7, 2009

motosikal klasik ku





di kesempatan mood nak menconteng blog ni aku bru trignt yg aku juga pemilik motosikal klasik.walaupon model bsa m21 bukan model yg best tp mengikut kenyataan mr hadi bsa m21 agak rare d malaysia.harganya sekitar bwah 20k.bsa m21 aku dibeli msa d mesir.dibeli dri lah yg berasal dri patani thailand.tauke restoran melayu kt sana.dia juga owner bsa m20 yg lebih tua dri m21.dibeli dgn harga 3.5k bnyak pahit maung yg dharungi shingga hrini mnyebabkn aku berpkiaq 67x sebelum nk jual kt org.1st duit dh habih bnyak,2nd moto ni knagan aku smasa d sna naik pkai p kerja.mcmna aku bwa masuk malaysia??hahaha..biarlah rahsia yer..skangni moto tu dok ada dlm blik kt umah.bruni balik msa rya haji p pasang forck n engine.hadi ckp kalu nk bkin bg elok kna bwa ke specialist kt s.petani.masalhnya modal aku xda lg.nk korek mana.vespa pon nk pakai duit gak.aduhai..bnyakla pengorbanan kewangan yg telah ku lakukan terhdap moto2 aku.hope 1hri nnti sgalanya selesai dn aku dpt tumpu kpda bnda lain plak.enjoy d pic yerrrr..
video

the triumph of hadi's triumph twin!!




salam suma.apa habaq??lama xjumpa..lama aku xmenulis d blog aku yg ntah apa2 ntah.kalini aku nk shre pasal brit bike yg oldskool giler thap cipan.namanya triumph t100 speedtwin 1948.agak rare jugak kt malaysia sekaligus mnyebabkn harganya melonjak naik d bursa saham kuala lumpur.lebh kurang 30k wooooo..fuhhh..pemilknya bernama hadi.dok depan rumah aku.dia dh lama berkecimpung d arena moto klasik nih.gmbaq mto dia dh bnyak dlm majalah.malah pernh dinobatkan juara kategori custom klasik msa international classic bike fiest kt ipoh 2007.gambaq ni diambil msa ptg rya haji photographernya ialah abg aku yg mmbwa kameranya di mana2 jua.aku akn uplod beberapa gambaq utk tatatpan anda semua..akhir kalam hargai motosikal klasik anda kerana tnpa klasik xkan ada yg moden..bababai..

Tuesday, November 24, 2009

vespa ku...

kemaghin hari selasa aku p cargas kt sg.besi p tgok harta karun ku.bughok gila kena dera dgn apek.tp burok x burok hampir 800 jugak aku kena..stage yg sterusnya menunggu utk di kaler..apakah kaler yg paling sesuai???sila bagi pendapat anda...kepada pemilik vespa diluar janganlah jual vespa anda atau anda akan mnyesal suatu hari nnti..jumpa lagi..hunga hunga..


Wednesday, November 18, 2009

aku dh dewasa!!


baruni besday aku.aku dh masuk 25.makin tua ghupanya.harap2 makin tua makin baguih(kalu ltk makin tua makin berisi nnti jadi gemok plak).msa besday tu mlmtu aku p tgok wayang.saja layan perasaan.sbnqnya trigin gak disambut tp xpela.dh biasa.mlmtu aku p tgok wayang dgn 'asal.dia bagi tie sbgai adiah befday.syok dpt hadiah ni.rsa dihargai.ari sbtu mnggu lepah aku balik png.tgh dok smbang dgn mak aku tgok2 dia kata dia lupa befday aku.patutla haritu dia xcall.herm..xpela.nk wat mcmna.maybe sebuk kt ghumah kot.jadi jururwat peribadi utk penghulu rahim(abah akula.gelaran kami adik beradik).skangni bnyak bnda kena pikiaq.pasai mak bapak,adik bradik,marka,duit,gheta,ghumah n sbgainya..makin tua makin bnyak tanggungjwab.doaku smoga aku dpnjangkan umur di bwah lembayung rahmat ilahi dan dipermudahkan segalanya urusan di dunia dn saham diakhirat.owh ya..aritu ada sambutan befday kt opis.aku,bos n ada staf2 yg laen jugak.ada masa aku upload gambaq2 kita ya kwan2.makasih ats sambutan tersebut walaupon seminggu awai.hehehee..
 

jiwaku © 2008. Design By: SkinCorner